Thursday, 19 February 2015

teringat masa dulu2

 hai...
lama aku tak update...
ni nak cerita...tengah syok aku buat kerja.Yelah dapat cuti seminggu,apalagi bedallah masa tu buat kerja,assignment dan top up tidur yang penting.eheheheh....

Masa aku dok menaip aku dengar satu lagu ni,OST Ao Haru Riddle(opening song), tajuk 1cm lau tak silap aku.So tengah syok2 tu tetiba aku teringat kat cinta hati ku yang tak berbalas siap cakap

 'saya cuma anggap awak sebagai kawan selama ni'

sadis ayat tu but well benda lepas jangan dikenang...aku nak citer pasal aku teringat kat dia memanjang.Ada part yang buat aku malu giler masa tu. maih aku citer... tapi dalam sketsa pendek ler

pada suatu hari...

"Afiq...aku suka kau..."ucap seorang pelajar perempuan yang duduk bersebelahan dengan Afiq.Afiq yang terkenal dengan muka masam dan pelajar yang takde humor ketawa memandang dirinya bengis.

"aku tak suka kau Zubaidah.Kau pendek"ucap Afiq selamba membuatkan Zubaidah tadi tersenyum sendiri.Bagus juga sakat Afiq ni.Sakat lagilah...

"Afiq aku pun suka kau.Dah lama tau"ucap kawan Zubaidah,Adibah ayng ikut sama kacau Afiq yang tegak diduduknya.Kali ini Afiq kerling kearah Adibah yang tersengih macam kerang busuk.

"Aku pun tak suka kau.Kau hitam dan hidung kemek"ucap Afiq tanpa mempedulikan perasaan Adibah ketika itu.Azam yang berada berdekatan mereka segera menghampiri.Dia berdiri tegak dihadapan Afiq dan bersebelahan dengan Zubaidah.

"kalau Afiq tak suka mereka,siapa yang Afiq suka? takkan dalam kelas ni takde?ke Afiq suka student dari kelas lain?"ucap Azam yang juga ingin tahu siapa yang Afiq suka sebenarnya.Keadaan diantara mereka sunyi seketika sebelum Afiq memandang kearah belakang dan memandang aku sekilas yang sedang  bertungkus-lumus menyiapkan soalan Addmath waktu itu.

Aku segera mengangkat wajah aku dari terus menatap buku latihan merah aku dan memandang manusia bertiga yang memandang aku dengan wajah terkejut.

"Afiq...kau suka kakak?"ucap Azam membuatkan aku panas dan merah muka ketika itu.Afiq diam sebelum dia bangun dan berdiri tegak dihadapan aku sebelum dia keluar dari kelas.Dia pandang aku macam nak telan aku masa tu.

Dan sejak hari itu...hidup aku kacau sebab dia selalu datang kat aku dan paksa aku buat kerja dengan dia.Lebih tepat dia selalu ambik buku aku dan bawak balik dengan dia...

Hidup aku semasa form 5 berakhir dengan ketakutan sebab dia selalu ambik nota aku dan menyebakan aku terpaksa merayu-rayu meminta balik nota aku.

Mneyampah pula bila aku ingat balik kisah tragis aku masa zaman sekolah....


ok ni lagu aku nak share Alexander Rybak



Saturday, 1 February 2014

ketiak hitam?

assalammualaikum...
muahahahaha....sekarang ini aku nak kongsikan macamana nak hilangkan ketiak yang hitam lagi dasyat itu.Ni tetiba nak post macam ni sebab ada cerita disebalik semua ini.
Punyalah aku ni sedap dok taip assignment HNP aku ni tetiba aku terlihat seorang kawan aku sedang menjemur kain kat luar.Mata aku yang jahat ni pulak tetiba ter...ter...ter...tengok ketiak dia yang tidak berbulu tapi hitam.Ternganga aku ketika itu dan sepantas kilat aku melihat ketiak aku.Adakah sama seperti dia dan jawapannya.....
muahehehehehehe....biar aku je yang tahu.

ok tutup cerita sekarang aku nak kongsi macamana nak cerahkan ketiak kita yang cantik sebenarnya ini...
 cara-caranya ialah...
1.ambik kapur sireh dan limau nipis.campur kan kedua-dua ni menjadi satu
2.biarkan mereka bercampur selama lima minit.(Bagi mereka berkenalan dulu)
3.lepas tu sapu kat ketiak tu dan biarkan selama lima belas minit.Bagi mereka bertindak untuk memutihkan ketiak.
4.Buat benda ni seeloknya selepas mandi sebab kulit lagi lembut dan kulit hitam mudah tanggal masa tu.
5.Bilas dengan air seperti biasa.

Selamat mencuba....lepas ni ketiak putih dapatlah beli baju yang jarang-jarang bawah ketiak tak pun bolehlah angkat tangan tinggi-tinggi nak tanya soalan kat prof....hehehe

Thursday, 30 January 2014

cara nak hilangkan bulu ketiak

muahahahaha....
assalammualaikum...
ni nak cerita pasal bulu ketiak sikit.Aku pasti ramai kat luar sana terutama perempuan mesti malu jika ada bulu ketiak.Kalau boleh mesti nak cabut atau tak nak angkat tangan tu tinggi-tinggi takut bulu ketiak tu dilihat orang.Jadi aku disini setelah menjadi pendengar setia tentang masalah kawan aku yang ada bulu ketiak ni menolong dia.
Dengan maklumat dihujung jari tangan bukan jari kaki aku terus menaip CARA NAK HILANGKAN BULU KERTIAK....

OK kita baca petua cara nak hilangkan bulu ketiak ini dengan berkesan dan selamat.Ini ajaran turun-temurun dari nenek moyang dari google lagi.

agar bulu ketiak tidak tumbuh lagi :(Ayat Iklan.Muahahahaha)
1. Bubuk tawas
Bubuk tawas mengandung aluminium sulfat yang jika digunakan pada ketiak, khasiatnya tidak hanya untuk mengurangi dan menghilangkan bulu ketiak, tetapi juga bisa untuk mencerahkan kulit ketiak yang hitam karena iritasi
Cara pemakaiannya :
- Setelah mandi, gosokkan lemon yang telah di iris pada kedua ketiak
- Kemudian gunakan bubuk tawas secara merata
- Jika diperlukan,gunakan juga baking soda pada ketiak
- Diamkan selama 20 menit
- Basuh ketiak dengan minyak kelapa dan bilas dengan air




. Laser

Cara kerja laser hair removal adalah dengan menerapkan spektrum cahaya laser untuk merontokkan rambut pada ketiak sampai ke akarnya. Pada teknik ini, bulu ketiak yang akan dihilangkan harus berupa rambut kasar bukan hanya rambut halus.
Menghilangkan bulu ketiak dengan menggunakan metode ini, akan membuat Anda merasa panas dan sakit pada kulit. Beberapa efek samping seperti kulit ketiak menjadi kering, kemerahan dan melepuh juga kadang-kadang terjadi. Tetapi dokter kulit biasanya mrekomendasikan beberapa cara untuk mengurangi efek samping tersebut.

selamat mencuba.Lepas ni boleh jadi model rexona ler kalau ketiak itu tidak berbulu hahaha...
Kini tiada lagi kerisauan tentang tumbuhnya bulu ketiak(Ayat Iklan)