Thursday, 19 February 2015

teringat masa dulu2

 hai...
lama aku tak update...
ni nak cerita...tengah syok aku buat kerja.Yelah dapat cuti seminggu,apalagi bedallah masa tu buat kerja,assignment dan top up tidur yang penting.eheheheh....

Masa aku dok menaip aku dengar satu lagu ni,OST Ao Haru Riddle(opening song), tajuk 1cm lau tak silap aku.So tengah syok2 tu tetiba aku teringat kat cinta hati ku yang tak berbalas siap cakap

 'saya cuma anggap awak sebagai kawan selama ni'

sadis ayat tu but well benda lepas jangan dikenang...aku nak citer pasal aku teringat kat dia memanjang.Ada part yang buat aku malu giler masa tu. maih aku citer... tapi dalam sketsa pendek ler

pada suatu hari...

"Afiq...aku suka kau..."ucap seorang pelajar perempuan yang duduk bersebelahan dengan Afiq.Afiq yang terkenal dengan muka masam dan pelajar yang takde humor ketawa memandang dirinya bengis.

"aku tak suka kau Zubaidah.Kau pendek"ucap Afiq selamba membuatkan Zubaidah tadi tersenyum sendiri.Bagus juga sakat Afiq ni.Sakat lagilah...

"Afiq aku pun suka kau.Dah lama tau"ucap kawan Zubaidah,Adibah ayng ikut sama kacau Afiq yang tegak diduduknya.Kali ini Afiq kerling kearah Adibah yang tersengih macam kerang busuk.

"Aku pun tak suka kau.Kau hitam dan hidung kemek"ucap Afiq tanpa mempedulikan perasaan Adibah ketika itu.Azam yang berada berdekatan mereka segera menghampiri.Dia berdiri tegak dihadapan Afiq dan bersebelahan dengan Zubaidah.

"kalau Afiq tak suka mereka,siapa yang Afiq suka? takkan dalam kelas ni takde?ke Afiq suka student dari kelas lain?"ucap Azam yang juga ingin tahu siapa yang Afiq suka sebenarnya.Keadaan diantara mereka sunyi seketika sebelum Afiq memandang kearah belakang dan memandang aku sekilas yang sedang  bertungkus-lumus menyiapkan soalan Addmath waktu itu.

Aku segera mengangkat wajah aku dari terus menatap buku latihan merah aku dan memandang manusia bertiga yang memandang aku dengan wajah terkejut.

"Afiq...kau suka kakak?"ucap Azam membuatkan aku panas dan merah muka ketika itu.Afiq diam sebelum dia bangun dan berdiri tegak dihadapan aku sebelum dia keluar dari kelas.Dia pandang aku macam nak telan aku masa tu.

Dan sejak hari itu...hidup aku kacau sebab dia selalu datang kat aku dan paksa aku buat kerja dengan dia.Lebih tepat dia selalu ambik buku aku dan bawak balik dengan dia...

Hidup aku semasa form 5 berakhir dengan ketakutan sebab dia selalu ambik nota aku dan menyebakan aku terpaksa merayu-rayu meminta balik nota aku.

Mneyampah pula bila aku ingat balik kisah tragis aku masa zaman sekolah....


ok ni lagu aku nak share Alexander Rybak