muahahahaha....sekarang ini aku nak kongsikan macamana nak hilangkan ketiak yang hitam lagi dasyat itu.Ni tetiba nak post macam ni sebab ada cerita disebalik semua ini.
Punyalah aku ni sedap dok taip assignment HNP aku ni tetiba aku terlihat seorang kawan aku sedang menjemur kain kat luar.Mata aku yang jahat ni pulak tetiba ter...ter...ter...tengok ketiak dia yang tidak berbulu tapi hitam.Ternganga aku ketika itu dan sepantas kilat aku melihat ketiak aku.Adakah sama seperti dia dan jawapannya.....
muahehehehehehe....biar aku je yang tahu.
ok tutup cerita sekarang aku nak kongsi macamana nak cerahkan ketiak kita yang cantik sebenarnya ini...
cara-caranya ialah...
1.ambik kapur sireh dan limau nipis.campur kan kedua-dua ni menjadi satu
2.biarkan mereka bercampur selama lima minit.(Bagi mereka berkenalan dulu)
3.lepas tu sapu kat ketiak tu dan biarkan selama lima belas minit.Bagi mereka bertindak untuk memutihkan ketiak.
4.Buat benda ni seeloknya selepas mandi sebab kulit lagi lembut dan kulit hitam mudah tanggal masa tu.
5.Bilas dengan air seperti biasa.
Selamat mencuba....lepas ni ketiak putih dapatlah beli baju yang jarang-jarang bawah ketiak tak pun bolehlah angkat tangan tinggi-tinggi nak tanya soalan kat prof....hehehe
